Friday, August 26, 2011

Deco Raya Merdeka 2011 @ Perpustakaan Negeri

Wednesday, August 24, 2011

"Ucapan dan pesanan dari Puan Pengarah PPAPP"

Saya dan seluruh ahli keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir & Batin kepada seluruh Kaktitangan PPAPP serta PD PNM. Semoga tuan-tuan/ Puan-puan beraya dengan penuh gembira bersama keluarga dan saudara-mara. Pesanan saya apabila memandu kemana sahaja berhati-hati dijalan raya.. dan sihat sejahtera. Terima kasih.

Tuesday, August 23, 2011

Amalan 5S @ PPAPP

" Kursus 5S "
Amalan 5S merujuk kepada singkatan perkataan dalam bahasa Jepun iaitu Seiri (Sisih), Seiton (Susun), Seiso (Sapu), Seiketsu (Seragam) dan Shitsuke (Sentiasa Amal). Amalan 5S ini berkesan untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal. Keberkesanan pelaksanaannya menjamin peningkatan kualiti perkhidmatan pada kos yang optimum dengan proses kerja yang lebih berkesan dan meningkatkan tahap kepuasan hati pelanggan dalaman dan luaran. * PPAPP bakal mengamalkan amalan 5S
Tarikh : 23 Ogos 2011 Hari : Selasa Jam : 9.00 pg - 5.00 ptg Tempat : Auditorium Perpustakaan Negeri

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Salam Kemerdekaan

Tuesday, August 16, 2011

Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Quran.....

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Staff PPAPP @ Youtube

Tontonilah pelbagai video aktiviti kakitangan PPAPP hanya di
http://www.youtube.com/penanglibrary

PPAPP @ Youtube

Tontonilah pelbagai video aktiviti PPAPP hanya di
http://www.youtube.com/penanglibraryV2

Hit Start

Followers

Hubungi Kami

Perbadanan Perpustakaan Awam
Pulau Pinang,
JKR 2118, Jalan Perpustakaan,
Seberang Jaya, 13700 Perai,
Pulau Pinang.

Telefon : 04-3971058
Fax : 04-3970226


Moderator Blog : administrator


Blog ini telah diwujudkan sejak 14 Jun 2009

Created by Penanglibrary. Powered by Blogger.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More