Wednesday, April 23, 2014

Sepanjang "Mari Membaca Serentak Selama 10 Minit"



 "Mari Membaca Serentak 10 Minit" Peringkat Negeri Pulau Pinang telah dirasmikan oleh Ybhg. Dato' Muhammad Yusoff Bin Wazir, Timbalan Setiausaha (Pengurusan) Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Auditorium Perpustakaan Negeri di Seberang Jaya pada 22 April 2014 (Selasa) jam 10.00 pagi

Monday, April 14, 2014

Selfie @ Jom baca bersama untuk 10 minit


Kami ingin mengajak anda bersama-sama seluruh rakyat Malaysia pada hari Selasa 22 April 2014 dari jam 10:00 hingga 10:10 pagi, untuk berhenti sebentar dari melakukan apa jua aktiviti yang sedang anda lakukan pada waktu tersebut dan luangkan
 masa untuk aktiviti membaca bersama apa jua bahan bacaan selama 10 minit.

Anda juga boleh menghantar kepada kami gambar membaca anda pada waktu berkenaan beserta lokasi dan keterangan gambar tersebut. Sila tag gambar membaca anda di facebook kami www.facebook.com/penanglib

Jom Baca Bersama 10 Minit.....


Program ini adalah sebagai sebahagian usaha bagi memupuk minat membaca. Konsepnya adalah sama seperti sambutan Earth Hour di mana dalam program ini, semua lapisan masyarakat tanpa mengira apa jua pekerjaan atau aktiviti yang sedang dilakukan akan bersama-sama berhenti sebentar dan membaca selama 10 minit secara serentak.

Sasaran pembaca pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri daripada kanak-kanak, pelajar sekolah, IPTA dan IPTS, kakitangan awam dan semua agensi kerajaan, badan-badan korporat dan GLC, kakitangan swasta, persatuan dan NGO, pengguna-pengguna perpustakaan, individu atau orang perseorangan sama ada di pusat membeli belah, bank, pengusaha teksi, hospital, usahawan dan lain-lain

Program ini akan dijalankan secara serentak di seluruh negeri di lokasi masing-masing manakala majlis perasmian akan diadakan di Perpustakaan Negeri di Seberang Jaya pada 22 April 2014 (Selasa) jam 10.00 pagi sehingga 10.10 pagi sempena Hari Buku Sedunia.

Staff PPAPP @ Youtube

Tontonilah pelbagai video aktiviti kakitangan PPAPP hanya di
http://www.youtube.com/penanglibrary

PPAPP @ Youtube

Tontonilah pelbagai video aktiviti PPAPP hanya di
http://www.youtube.com/penanglibraryV2

Hit Start

Followers

Hubungi Kami

Perbadanan Perpustakaan Awam
Pulau Pinang,
JKR 2118, Jalan Perpustakaan,
Seberang Jaya, 13700 Perai,
Pulau Pinang.

Telefon : 04-3971058
Fax : 04-3970226


Moderator Blog : administrator


Blog ini telah diwujudkan sejak 14 Jun 2009

Created by Penanglibrary. Powered by Blogger.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More