Wabak Influenza A H1N1...Apa yg perlu anda tahu?
Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.
Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?
Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.
Bagaimanakah Seseorang Yang Dijangkiti Selesema Menjangkiti Seorang Lain?
Seseorang yang dijangkiti mungkin boleh menjangkiti seorang lain bermula sehari sebelum simptom itu merebak hingga ke hari ke-7 selepas dijangkiti (sakit). Ini bermakna kita mungkin boleh menyebarkan virus ini sebelum mengetahui yang kita telah dijangkiti.
Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?
Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:
• Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk.
Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.
• Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema.
Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.
• Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.
• Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah
juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.
SILA AMBIL PERHATIAN !!!
Semua kakitangan PPAPP digalakkan memakai topeng muka keselamatan sebagai langkah keselamatan diri semasa bertugas atau berurusan dengan pelanggan.....utamakan keselamatan diri anda.
6 comments:
wah bgs la kta nie di beri kesedaran terhadap kes wabak H1N1 nie...
jgn lupa pakai topeng muka tau.....kat pusat semua dah pakai..
akum.....heheheh
pakat-2 lah kita sembahyang hajat... tolak bala... ada lah tu kekilafan kita sehingga ALLAH turunkan penyakit in...semoga berkat doa kita beramai-ramai dapat ehsan dari yg MAHA ESA...AMIN.... Kita punya asa, ALLah punya kuasa..... takbir X3
amboi pendekar ayat power nampak wakakakk...
Utamakan Kesihatan Anda...
Amalan Hidup Sihat! ngee
Post a Comment