Karnival Buku Pulau Pinang bermula pada 3 Disember 2011 hingga 11 Disember 2011, jam 10.00 pagi - 6.00 petang bertempat di ruang legar Perpustakaan Negeri di Seberang Jaya. Pelbagai aktiviti sampingan akan dijalankan sepanjang karnival berlangsung... antaranya pertandingan mewarna, info race, pertandingan memasak kanak-kanak, permainan kotak beracun, permainan dam bahasa, tayangan video, permainan tradisional congkak, puppet show, uji minda bina perkataan dan lain-lain. Sila klik pada JADUAL AKTIVITI
Selamat Datang ke Blog Kakitangan PPAPP, blog ini diwujudkan bukan sekadar untuk memberi info berkaitan kelab dan ahli-ahlinya sahaja, malah turut sama memberikan info berkaitan aktiviti Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang. Blog ini juga bersama-sama Portal Rasmi PPAPP bekerjasama sebagai sumber informasi kepada kakitangan PPAPP. Tidak digalakkan menyalahgunakan kemudahan blog ini sebagai tempat menjatuhkan, menyakitkan hati atau apa-apa yang bersifat provokasi terhadap sesama kakitangan, gunakan secara bijaksana.