Tujuannya bagi memartabatkan kedudukan buku sebagai sumber pengetahuan utama. Walaupun teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berkembang pesat tetapi buku sebagai wadah untuk mmebina peradaban dunia tetap kekal dan tidak berubah.
Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia adalah resolusi daripada persidangan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 15 Nov 1995 yang mengisytiharkan 23 April sebagai Hari Buku. Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang akan menjalankan sambutan tersebut bermula pada 19 April 2013 dan berakhir pada 23 April 2013.
0 comments:
Post a Comment