Monday, April 14, 2014

Jom Baca Bersama 10 Minit.....


Program ini adalah sebagai sebahagian usaha bagi memupuk minat membaca. Konsepnya adalah sama seperti sambutan Earth Hour di mana dalam program ini, semua lapisan masyarakat tanpa mengira apa jua pekerjaan atau aktiviti yang sedang dilakukan akan bersama-sama berhenti sebentar dan membaca selama 10 minit secara serentak.

Sasaran pembaca pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri daripada kanak-kanak, pelajar sekolah, IPTA dan IPTS, kakitangan awam dan semua agensi kerajaan, badan-badan korporat dan GLC, kakitangan swasta, persatuan dan NGO, pengguna-pengguna perpustakaan, individu atau orang perseorangan sama ada di pusat membeli belah, bank, pengusaha teksi, hospital, usahawan dan lain-lain

Program ini akan dijalankan secara serentak di seluruh negeri di lokasi masing-masing manakala majlis perasmian akan diadakan di Perpustakaan Negeri di Seberang Jaya pada 22 April 2014 (Selasa) jam 10.00 pagi sehingga 10.10 pagi sempena Hari Buku Sedunia.

Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Staff PPAPP @ Youtube

Tontonilah pelbagai video aktiviti kakitangan PPAPP hanya di
http://www.youtube.com/penanglibrary

PPAPP @ Youtube

Tontonilah pelbagai video aktiviti PPAPP hanya di
http://www.youtube.com/penanglibraryV2

Hit Start

Followers

Hubungi Kami

Perbadanan Perpustakaan Awam
Pulau Pinang,
JKR 2118, Jalan Perpustakaan,
Seberang Jaya, 13700 Perai,
Pulau Pinang.

Telefon : 04-3971058
Fax : 04-3970226


Moderator Blog : administrator


Blog ini telah diwujudkan sejak 14 Jun 2009

Created by Penanglibrary. Powered by Blogger.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More