Tuesday, June 30, 2009

Gambar yang korang tunggu-tunggu sangat tu!!!

Kat sini aku dah upload gambar korang kat bukit merah tempoh hari... so korang leh tengok kat link yang aku bagi nie....so selamat terhibur.. - gambar nie dari kamera yang martin amik bukan dari USM..hakcipta terpelihara tau hehehehehe http://izzadbsj.fotopages.com

Thursday, June 25, 2009

Vid Kenangan PPK PPAPP di Bukit Merah

Kenangan di Bukit Merah.......seronok ada, sedih ada.....macam-macam ada ehheheeh

Sunday, June 21, 2009

PPAPP Fc Vs Pauh Fc....penat gila..

Mak Mandin - Persaingan yang cukup sengit...menentang pasukan Pauh Fc, Perlawanan yang agak seimbang pada awalnya, namun kelihatan PPAPP Fc sering diasak pasukan lawan...sehingga gawang PPAPP bolos masuk minit ke 3...adussss....selepas itu gawang PPAPP sering bolos lagi, sehingga mereka berjaya membolosi sebanyak 5 gol tanpa balas ahhahahahaah.......setelah menukar pemain..PPAPP berjaya menjaringkan gol... yang best tu kesemua yang masuk menggantikan pemain...semua berjaya menjaringkan gol....hahhaahahah...cayalahh...namun segalanya berkesudahan dengan PPAPP Fc tewas kepada pasukan Pauh Fc dengan jaringan 11 - 8, apapun pasukan PPAPP Fc menunjukkan semangat juang yang tinggi....teruskan berusaha...
Tempat : Bola-Bola Mak Mandin Tarikh : 18 Jun 2009 Jam : 10.30 Malam Pengurus : Badrol Hisyam

Berakhirnya kenangan bersama di Bukit Merah

Sedihkan bila dah berakhir program nie....huhuhhuhu

Setelah 3 hari 2 malam berada di Bukit Merah, akhirnya sampai ke hujungnya....Peserta pulang dengan ilmu yang penuh di dada...gunakan lah ilmu yang diperolehi sebaik-baiknya ok....Semoga peserta kali ini menggunakan segala yang diberikan sebaik-baiknya...Bantulah PPAPP terus cemerlang...akhir kata bertemu kembali.... mungkin akan ada Program Pengukuhan Kerja PPAPP Siri 4 nanti insyaallah.....dengan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik, sekian wassalam... Pasukan Siri Ke 3, adalah pasukan yang paling cemerlang yang diumumkan oleh Puan Pengarah PPAPP semasa ucapan penutup...cayalahhhh...Tahniah !!!

Thursday, June 18, 2009

Menghabiskan masa di Waterpark......

Seronok sakan diaorang niekan....heheheehe Waktu untuk beriadah di Taman Tema Bukit Merah ....hehhehehehe...best giler, macam-macam gelagat ada..hehehehehhehehe...bukan senang nak bersama rakan sekerja macam nie kan....tah bila lagi nak ada kan...

Berperang untuk menyelamatkan PPAPP dari serangan musuh...

Platoon 4

Platoon 3 Platoon 2 Platoon 1 Sebahagian daripada aktiviti War Games heheheheheh.......... Memang mencabar gila...menakutkan, semua ada...memang suspen gila...bukan senang tau... dah la berperang dalam hutan, waktu malam..pukul 10.00 mlm plak tu...korang bayangkan la..macam mana keadaan berperang dalam hutan...dah la gelap satu hal..jalan mencabar gila...sampai ada yang tersungkur..yang best tu kena tembak..sakit gila tu...peluru dia kecik jer..tapi kalau kena sakit beb....apa pun memang best gila aktiviti program kali nie...syabas semua... Juara dalam aktiviti ini adalah dari PLATOON 4....Tahniah!!!!!!!!!

Wednesday, June 17, 2009

Bermulanya perjalanan menimba ilmu di Bukit Merah..

Monday, June 15, 2009

Boria PPAPP @ Karnival Belia....14 Jun 2009

Boria PPAPP setelah selesai membuat persembahan yang cukup menggemparkan di Karnival tersebut, tapi sayangnya persembahan hebat mereka tidak ditonton oleh Ketua Menteri kesayangan ..tak pa la apa pun persembahan yang menghiburkan....

Barisan Boria PPAPP pada malam persembahan.... nampak bersemangat.. ehheheehheh... semangat nak buat persembahan depan Ketua Menteri Kot.. eheheehehhe.... cuba tengok pengurus futsal PPAPP jugak turut menjadi penari Boria PPAPP....En. Badrol, amboi senyum sakan..apa pun jangan lupa pasukan Futsal PPAPP plak..

Sunday, June 14, 2009

PPAPP Vs Penaga FC....sengit giler..

Perlawanan antara PPAPP dan Penaga FC Jam : 10.30 malam Tempat : Bola-Bola Mak Mandin Tarikh : 12 Jun 2009 Pengurus : En. Badrol Hisyam Pasukan Futsal PPAPP berjaya menewaskan pasukan Penaga FC dengan jaringan yang agak besar iaitu 14 - 8, setelah pasukan diambil alih oleh pengurus baru iaitu En.Badrol Hisyam....Tahniah!!!

Penang Youth Carnival @ Karnival Belia Pulau Pinang 2009

Bertempat di Juru Autocity pada 14 June 2009 ( Ahad ), bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 10.00 malam... Pasukan Boria PPAPP telah diberi penghormatan untuk mengadakan persembahan di Karnival tersebut. Untuk menyaksikan kehebatan serta persembahan terbaru Pasukan Boria PPAPP, yang julung kali diberi peluang untuk membuat persembahan di karnival besar ini....Jom beramai-ramai datang ke Karnival Belia Pulau Pinang 2009. Pasukan Boria PPAPP akan mengadakan persembahan pada malam iaitu selepas acara perasmian penutup.

Program Pengukuhan Kerja Berpasukan Siri Ke3 Di Bukit Merah Laketown Resort Pada 16 - 18 Jun 2009

Semangat kerja berpasukan merupakan teras kejayaan kepada banyak organisasi di dunia ini. Kakitangan PPAPP digalakkan untuk bekerja bersama-sama bagi membolehkan mereka meningkatkan produktiviti serta kualiti kerja serta menghasilkan "sinergi" dalam sesuatu pekerjaan atau tugas yang mereka lakukan. Melalui kerja berpasukan juga Kakitangan PPAPP akan mengalami perasaan kekitaan sesama mereka, saling bantu membantu, dan bekerjasama antara satu sama lain. Oleh itu adalah wajar bagi majikan memberikan pengetahuan tentang selok belok kerja berpasukan serta memberi peluang kepada pekerja-pekerjanya untuk mengamalkan konsep ini.
Antara Calon-Calon Yang Terpilih Menyertai :-
1.FATIMAH BT. ZAKARIA 2.AZMI BIN AHMAD 3.ROSLEY BIN ABU BAKAR 4.NUR SYAZWANY BT. MAHAYADDIN 5.AMINAH BT. AHMAD 6.ABDOL AZIZ BIN ISMAIL 7.NOORMAYA BT. BAHAROM 8.NUR FAZRIZA BT. MD. ZAINUL ALANDIN 9.NORAMIZAH BT. MD RAIL 10.NORMA BT. ABDULLAH @ OMAR 11.AZIYANTI BT. MD SAAD 12.NURAIDA BT. MUSA 13.AMIRUL BIN AHMAD 14.RUFIDA BT. MAHMUD 15.FAUDZIAH BT. MUSTAFHA 16.JAYSHREE A/P MHOGANAM 17.MASLIZA BT. ISHAK 18.AZRUL LIZA BT. ROSLAN 19.JOHARI BIN SALLEH 20.HAIRUL FIKRI BIN OMAR 21.MOHD ZAMRI BIN IBRAHIM 22.ROSLE BIN OTHMAN 23.BAHAROM BIN OMAR 24.ISMAIL BIN AHMAD 25.AMER HAMZAH BIN ABDUL RAHMAN 26.MOHD SYARKAWI BIN MOHD NOOR 27.NOOR NADIAH BT. MOHD RAMLEE 28.ASHIAH BT. CHE DIN 29.NURUL ISMAWATI BT. ISMAIL 30.NOOR SHARMILA BT. AHMAD HALMI 31.ROZITA BT. RAMLI 32.ZAITON BIN ALI 33.ROSNALIZA BT. SAID 34.IRMA AZLINI BT. ISMAIL 35.SARIPAH BT. OSMAN 36.JURAIDAH BT. ZAINOL 37.ANISAH BT. ABDUL RASHID 38.SALWANA BT. HAMID 39.NOOR AZLINDA BT. HAMID 40.NUR HASLINDA BINTI KHAMIS

Perpustakaan Negeri @ Seberang Jaya

Staff PPAPP @ Youtube

Tontonilah pelbagai video aktiviti kakitangan PPAPP hanya di
http://www.youtube.com/penanglibrary

PPAPP @ Youtube

Tontonilah pelbagai video aktiviti PPAPP hanya di
http://www.youtube.com/penanglibraryV2

Hit Start

Followers

Hubungi Kami

Perbadanan Perpustakaan Awam
Pulau Pinang,
JKR 2118, Jalan Perpustakaan,
Seberang Jaya, 13700 Perai,
Pulau Pinang.

Telefon : 04-3971058
Fax : 04-3970226


Moderator Blog : administrator


Blog ini telah diwujudkan sejak 14 Jun 2009

Created by Penanglibrary. Powered by Blogger.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More